// 12 November 2013
|
12.11.13 |
Hari hari yang berlaku itu berllu dengan pantas, tanpaku sedari akhirnya aku mengkahiri semester 1 yang penuh dukacita dan sukacitanya. Akhirnya aku pulang kerumah dengan 1001 perasaan, pertamanya dah tentu aku gembira jumpa parents and all family, kedua, aku gembira akhirnya penantianku untuk berjumpa dengannya berhasil, ye dia, dia yang muka seakan Iedil Putra lantas aku memanggilnya Iedil Putra sebelum kumengetahuinya. Semulanya, aku beranggapan dia seorang yang poyo, sombong, nyata aku tertangkap pada jeratnya. Ye dia, dia pandai buat aku tersenyum sendiri, dia pandai buat aku terseksa rasa didada, dia pandai buat aku hilang rasa gundah. Terkadang juga aku sedih. Apa maksud dia? Dia comel dalam mengenakan aku, ayatnya pasti membuatkan aku rasa nak pukul dia. Tapi hanya kerana satu perkataan yang sehingga sekarang aku merasa perih kewujudan itu. Dia datang didalam keadaan aku belum bersedia untuk menerima kehadiran seseorang, dia datang nyata didalam keadaan yang sukar aku ungkapkan. Tetapi hatiku tetap tulus untuk berkenalan dengannya. Hanya dengan usikan seorang abang kepada adiknya, lantas hati aku terus berdegup kencang dan terus ingin bersama dengannya tanpa memikirkan rasa yang akan datang. Sebagai manusia, pasti ada ujian disetiap apa yang telah disediakan. Aku berhadapan dengan mereka, termasuk ibuku sendiri. Aku hanya tersipu malu lantas aku hanya mampu tersenyum tatkala memandang kearahnya. Apa dayaku dan apa soal hati aku apabila diusik dengan sebegitu dahsyatnya. Sedangkan ibu yang tak pernah bergurau seperti itu terus bersuara menandakan dia seolah bersetuju walaupun kedengaran sebagai gurauan. Aku sendiri tidak pernah terfikir akan usikan tersebut, dia juga seolah memahami apa yang aku alami sewaktu itu, dia terpandang aku lantas tersenyum malu menandakan soal ini dia juga telah bersetuju. Aku sendiri kalut memikirkan, adakah dia mempunyai perasaan sama sepertiku? Aku tidak mahu cinta ini hanya rasa simpatinya keatas diriku. Aku rela melepaskan kau pergi dari memaksa kau untuk membalas perasaan ini. Awak tahu apa yang paling sweet dan comel ibu pernah cakap? "Kalau jodoh tak kemana" aku paling suka ayat ibu aku yang ini, entah kenapa, sebagai anak, aku hormat keputusan ibuku jika dia menginginkan si kumbang terbang kearahku. Kerana telah lama kupendam perasaan ini terhadapnya. Benarlah kata kata ibuku jika jodoh tidak kemana, tetapi aku paling khuatir disaat aku sibuk melayan perasaan ini, akhirnya aku tertipu lagi, sudahlah sebelum aku terseksa akibat perasaan dan rasa tertipu. Mereka cuma anggap aku macam adik dan tak lebih dari itu. Adakah adil buatku jika kali ini aku dipermainkan lagi? Sungguh aku letih. Aku juga mengerti, aku bukan gadis sempurna, aku bukan gadis idaman, aku bukan gadis secantik Mawar berduri itu tetapi itulah aku. Tiada siapa yang dapat mengawal hati aku melainkan Sang Pencipta. Dia penjaga dan pemegang hatinya, begitu juga dengan aku. Bila bila masa pasti dengan mudah Dia menarik rasa ini. Tetapi sungguh, berilah aku satu peluang. Mata kau, apa tandanya? Apa yang sedang bermain difikiran kau bila nampak aku? Apa perasaan kau pada aku? Sumpah aku teringin sekali mengungkap rasa ini, tetapi tetap aku masih rahsiakan, aku malu, malu padamu, malu pada diri sendiri dan yg paling malu adalah pada Sang Penjaga Hati. Biarlah rasa ini tetap ada dalam hatiku tanpa aku mengulasnya dengan lebih lanjut. Aku hanya ingin bersamamu, soal belajar tinggi atau rendah itu bukan soal utama, soal siapa kau dan aku itu penting, soal hati adalah yang paling terutama. Jujur, siapa engkau, apa pekerjaan kau, tetap masih kuterima. Manusia itu sama. Pandangan mata kau selalu buat aku terjejas, hilang fokusku. Entah kenapa kau terlalu istimewa bagiku. Entah kenapa hanya kau ku ingin menjadikan yang halal dan direstui oleh keluargaku, entah kenapa hanya engkau aku ingin rasa dilindungi. Engkau terlalu istimewa. Keranaku tahu, kau perlukan kasih sayang seorang wanita, ye aku mengerti rasa itu. Aku faham walau aku tidak berada dekat dengan kau. Takutku kerana khuatir kau bakal menemui insan yang paling indah dari diriku. Berikan aku masa sedikit lagi untuk aku berjihad, berikan aku masa sedikit lagi untuk aku perjuangkan jihad ini, berikan aku sedikit masa lagi untuk aku bersiap sedia menuju bekalan akhirat, berikan aku sedikit masa lagi untuk aku menjadi insan solehah dalam hidup kau, tetapi jika dalam tempoh ini kau tak boleh menunggu lagi, aku redha dan pasrah akan keputusan kau, tetapi adakah perasaan benar benar sama sepertiku yang selalu teringatkanmu, termimpikanmu? Syukur aku mempunyai perasaan ini, sekurangnya perasaan aku masih normal terhadap kaum adam. Jika kau benar perasaan sama, jumpalah waliku dan wakilku untuk memenuhi impianmu. Soalnya apakah perasaan itu sama? Aku tetap menanti dan terus menunggu jawapanmu, tidak pernah jemu ku menanti. Izinkanku untuk mengetuk pintu hatimu jika ia belum berisi. Izinkanku untuk menjadi permaisuri hatimu... |


Older entries