ABOUT LINKS TAG
about


They called me Bell, they cute as they called me like that. I'm just a little dreamer living in a way of fantasy. The best memory in life is having someone who threat me well. A petite who doesn't even deserve to someone they called special. She's an enemy of love but easily to fall in love. She's a writer of her fantasy's little diary in her pocket of mind


Hujan membawaku pergi bersama senyumanmu // 29 November 2013
29.11.13
Matamu terlalu indah untuk aku gambarkan dengan kata kata.
Sungguh, engkau terlalu indah untuk dikhabarkan.
Hari ini mungkin hari terakhir untuk kita bertemu dibawah pohon memori, namun akan aku hargai dan mengenang segalanya. 
Mengenalmu dalam waktu yang singkat ini amat membahagiakan walau jujur aku katakan aku masih keliru dengan perasaanku sendiri.
Kenangan itu terlalu indah untukku kenang. 
Jujur, mengenali engkau mengubah semula wajahku.
Ikhlas dari hati, biarlah Yang Maha Esa menjadi sutradara untuk episod yang seterusnya.
Jujur aku masih keliru.
Seperti kata ibu, jika jodoh tidak akan ke mana.
Aku menyerahkan segalanya kepada sang pemegang hati ini.
Izinkan aku mempersiapkan diriku terlebih dahulu. 
Dimatamu aku lihat... Aku dapat melihat sinar yang tiada ungkapan yang sesuai untuknya kerana engkau terlalu istimewa.
Engkau istimewa sehingga tiada kata seindah bahasa. 
Maaf jika aku masih punya kekurangan yang tidak engkau sukai, tetapi itulah aku. 
Tiada siapa dapat mengubah hakikat kejadianku.
Biarlah puisi puisi yang dapat aku sampaikan melalui kata ini menjadi pengubat rinduku padamu.
Hanya doa yang dapatku kirimkan buat engkau berada jauh dariku. 
Jujur engkau paling istimewa. 
Terima kasih atas perkongsian kebahagianmu kepadaku, engkau terlalu indah. 


Love Infinity,
28 November 13


Dibawah pohon memori // 27 November 2013
27.11.13

Kehadapan engkau yg amat aku sanjungi, hari hari aku berlaku dengan indah walau ada juga peritnya namun kau tetap setia ditepi dibelakang dan dihadapanku. Di depan kau, aku gembira walau dalam hatiku memikirkan seribu satu perkara yg belum pasti. Di depan kau aku merasa selesa, kau membuatkan aku merasa sentiasa tiada gundah yang perlu aku takuti. Saat berhadapanmu lidahku kelu, hatiku menggigil seolah aku tiada lagi sistem pernafasan yang sesuai dengan keadaanku. Jujur aku katakan engkau istimewa dihadapanku walau aku tahu tiada insan yang sempurna namun engkau begitu istimewa.

Kehadiran kau buat aku senang, kehadiran kau nyata membuatkan aku lupa tentang episod lepas. Aku senang bersama engkau walau aku pasti ini bukan cinta. Engkau menarik perhatianku, jujur aku senang pabila bersama walau jauh. Namun hatiku tetap memilih engkau jika engkau tidak ada sedikit rasa terhadapku. Jujur. Aku ingin berkenalan lebih dengan engkau itu akan terjadi jika hati engkau sudi menerima aku. Aku pasti aku tidak ada perasaan sayang yang wujud terhadap engkau.

Salam perkenalan buat kita, aku meragui hatimu namun hati tetap masih memilih engkau untuk menjadi teman. Sekali lagi, engkau berjaya buat hatiku secair seperti air yang mengalir deras, tapi ini bukan cinta mungkin perasaan 'over' aku tersimpan untukmu. Kau indah walau tiada siapa yang lebih indah melainkan Yang Maha Esa. Kau insan yang telah dikurkniakan untuk menceriakan hariku walau hanya sementara namun amatku hargai seketika itu. Walau pertemuan ini singkat, namun aku tetap mengenang engkau dalam doaku. Nyata aku bahagia saat bersama engkau.

Diakhirnya, tiada kata yang dapat aku gambarkan perasaan aku seketika ini, engkau indah terlalu indah untuk aku katakan dengan kata. Engkau istimewa, terlalu istimewa sehingga perlunya aku bermain silang kata ini, tiada hiperbola yang dapat aku ungkapkan dalam sesi perkenalan ini. Engkau istimewa... Aku terlalu hargai saat sebegini. Dimata engkau... Aku melihat indahnya hati kau.Pohon pohon yang merimbun tempat kita berteduh menjadi saksi kisah kita. Salam perkenalan buat insan terindah.


Menunggumu dgn penuh harapan // 26 November 2013
26.11.13

Hari hari yg aku lalui selama sebulan cuti semester aku berlalu dengan pantas sehingga aku terlupa aku bakal pulang semula ke alam fantasi penuh syahdu. Niat aku kesana untuk belajar sesuatu perkara yg aku minat, ye aku sangat minat dgn apa yg aku buat sekarang, niat aku itu diiringi doa dan harapan ayah dan ibuku. Allahu, berat menjadi yg satu didalam hati mereka, berat yg aku rasa bahagia, walaupun tanpa adik beradik cukuplah sekadar ayah ibu serta saudara terdekat memberi ruang buatku. Alhamdulillah pointer yg diperoleh juga bukan untuk dibangga dan bukan juga untuk dilihat sebagai yg bodoh. Aku terima kerana itulah usaha aku disana. Penuh liku liku walhal aku belum capai 18 sepenuhnya. Alhamdulillah saya dpt buat sehabis baik.

Melawan perasaan untuk bercinta dan jatuh hati itu paling aku bangga untuk diriku sendiri. Aku tetap setia menanti jodohku yg entah siapa dan dimana letaknya dia kini. Cinta fitrah ini aku sematkan untuk jodohku. Tertawa kecil aku seketika, sebelum bertemu jodoh sudah pasti byk pancarobanya, aku juga manusia yg punya hati untuk jatuh hati pd kumbang. Kumbang yg berada dlm hati aku selama 4tahun telah pergi, aku tahu dia bukan untukku kerana masih ada yg baik untuknya lagipula aku siapa dimatanya? Aku hanya seorg adik yg berlagak dewasa. Biarlah dia pergi dan aku merelakan dia pergi bertemu jodohnya. Cukuplah selama 4tahun usiaku menyimpan perasaan itu yg perit baiklah aku melepaskannya terlbih dahulu sebelum hati ini makin berlubang akibat senjata cintanya.

Hadirnya kini membuatkan aku berasa bahagia walau aku tahu ini bukanlah perasaan cinta dan sayang. Adakah aku mainkan perasaan insan ini atau dia hanya memainkan perasaanku sahaja? Aku semakin biarkan perasaan itu kerana aku malas lagi untuk berbicara soal itu. Aku berserah, aku berserah jika sekembalinya aku kesini dia masih ada dan jika dia tetap seperti ini, aku serahkan hatiku untuknya dan berharap perasaan dia terhadapku juga sama. Dan kepada Allah jualah aku menyerahkan segalanya kerana Dialah pemegang hatiku dan hatinya. Hari hari yg aku lalui disini berasa indah, berasa seakan aku tidak mahu mengakhiri episod hari ini kerana dia. Tetapi aku harus tetap berpijak dibumi yg nyata, kerana belum tentu apa yg kau rasa akan sama sepertinya. Tetapi hari demi hari, aku hanya membiarkan episod ini disutradarakan Yang Maha Esa kerana emosi saat berhadapan dengannya terganggu. Jujur aku lain. Aku mahu penjelasan darinya, walau hanya sekadar sesaat, biarpun hanya dalam gurauan. Aku mahu kau ucapkan walau hanya dalam senda tawamu. Kerana engkau membuatkan aku tidak terfikir akan perpisahan ini kerana engkau infiniti cintaku.

Love you to the infinity and beyond


// 15 November 2013
15.11.13
Apa yang kau mengerti tentang arah hidupku? Apa yang kau fikir bila berhadapan denganku? Apakah perasaan yang dapat kau dambakan saat aku dihadapanmu? Apa maksud bahagia andai cerminan diwajah tidak sama dengan hati?

Adakalanya hidup tidak seindah cerminan yang tergambar diwajah, adakalanya hidup terasa gundah sampai masa kau jadikan hukuman. Adakalanya, setitik airmata diperlukan untuk digugurkan. Adakalanya coretan kau tidak seindah bayangan. Adakalanya sepi dihati tidak dapat kau jelaskan melalui kata-kata. Adakalanya kau ingin sendiri, kau ingin ratapi dengan airmata yang harus kau curahkan kebumi. Terkadang kesedihan itu sukar untuk diintonasikan didalam bentuk percakapan, adakala kau perlu masa untuk sendiri, adakala kau harus berfikir sehingga puas. Adakala orang sekeliling perlu kau campakkan ia jauh dari pandangan buat seketika. Adakala kesedihan kau tiada ubat sehingga perlunya airmata untuk gugur lagi. Adakala gurauan yang kau anggap serious itu sebenarnya adalah cerminan untuk mengaburi mata hati andai tidak dapat kau jaga batasnya. Jagalah hati wahai diri. Semuanya tidak seindah yang kau sangka.

Ada apa kurnianya tangan yang Allah bagi untuk kita?
Untuk kita mudah melakukan tugas dan kerja.
Untuk apa Allah kurniakan dua kaki?
Untuk kita berjalan, melakukan ibadah.
Untuk apa Allah kurniakan kita dua pasang mata?
Untuk melihat sambil berfikir tentang kebesaran dan keagungan yang terciptakan dengan indah dimuka bumi.
Untuk apa Allah kurniakan telinga?
Untuk mendengar perkara perkara yang baik.
Untuk apa Allah kurniakan akal fikiran?
Supaya manusia boleh berfikir salah dan silap tentang kebenaran.
Dan akhirnya apa maksud kurniaan Allah tentang hati?
Untuk mengingatiNya sentiasa, untuk mendorong kita mencintai ibu bapa Allah dan Rasul, akhirnya dengan siapa yang Allah ciptakan untuk kita.

Soal hati, *secebis aku terdengar hatiku tertawa kecil* hati perempuan jangan dikacau, jangan diusik, jangan disentuh andai niatmu bukan untuk menjadikan si dia yg halal dalam hidupmu. Hati perempuan sensitif, pantang dibawa bergurau ada saja yang tersentuh. Pernah kau bergurau kasar dengan ibu? Begitulah hati perempuan, sekali kau bergurau tentangnya, hatinya mudah terdorong. Hati hati. Niat hanya untuk menyakat tetapi hati perempuan itu sudah terusik. Apa makna jika ia terus dilayani? Pandangan mata menjadi tanda tanya, soal hati jangan dipersoalkan. Nyata satu penipuan yang *terindah* didalam hatinya. Tangisan yang mengalir juga dirasakan tiada lagi gunanya andai penipuan ini disangka benar. Berjumpa dengannya dianggap takdir untuk melupakan yang terdahulu, berjumpa dengannya kadang dianggap anugerah. Berjumpa dengannya nyata membawa seribu makna. Akhirnya aku tewas dengan airmata, aku tewas dalam menahan perasaan, aku tewas dalam mengawal perasaan untuk tidak merasa terusik lagi. Ye, aku benci perasaan ini! Ternyata aku masih tertipu, ternyata tekaan aku tidak salah. Dan nyata dia hanya menganggap aku seperti seorang adik. Ye, ternyata aku sangat membenci perasaan ini. Salah faham adalah sifat nombor satu aku yang tertanama dalam diri bila berhadapan dengan orang yang ter-disayangi. Ye, aku paling benci perasaan ini. Semua orang yang pernah wujud ini hanya mampu mengangkat aku seperti seorang adik. Adakah adil bagiku untuk meneruskan perasaan ini? Wujudnya memberi seribu makna, hilangnya nyata memberi sejuta harapan. Andai dapat aku pupuskan perasaan ini seperti sekeping kertas yang hancur dimamah air hujan yang menitik, pasti aku lakukan. Ye aku lesap dalam persalahfahaman. Ye, aku benci perasaan aku sendiri, apa yang mudah sangat untuk jatuh hati, aku sendiri tidak mengerti. Ye aku benci saat dan waktu dihadapannya. Aku kasihan melihatnya, tetapi aku terlalu bodoh untuk menilai seseorang sepertinya yang hadir bagaikan putera khayalan, yang hadirnya hanya seketika. Tekaan aku tidak salah, tetap aku salah faham. Perasaan ini adalah kali ke3. Seterusnya, abang mana pula yang ingin membuatkan aku jatuh hati dan sekaligus dia naya menganggap aku seorang adik? Mana lagi? Cepatlah hadir kepadaku. Biar perih ini sekali, jadikan aku sebab mengapa kau lari dari hidupku!

Sekali lagi, airmata dan dada aku sudah tidak dapat menahan lagi, aku berasa hampa, aku berasa kecewa, adakah aku yang salah? Adakah aku yang tidak adil di dalam perkenalan?
Jika kita harus begini sehingga benar benar aku bersedia untuk saat lafaz itu, akulah orang paling menanti saat saat tersebut.
Jika ayah dan ibu merestui dan jika Yang Maha Esa tetap masih menjodohkan kita, akulah orang paling bahagia waktu itu.
Jika perasaan ini terpaksa aku hapuskan untuk selama lamanya, dan lupakan tentang kita, akulah orang paling sedih untuk tangisi kerana pengakhirannya aku yakin amat menyakitkan.
Jika aku harus membawa kenangan ini kepada suatu destinasi yang dapat menghapuskan segalanya, pasti aku pergi kerana hadirnya dirimu nyata membawa seribu satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan.
Jika airmata ini dapat kau hapuskan, akulah orang yang akan membawa dirimu kepada bahagia.
Jika suatu saat aku harus pergi jauh dari hidupmu dan tidak dapat pulang lagi, nyata itu adalah satu anugerah untuk kita.
Jagalah hati orang seterusnya, kerana aku yakin kau boleh bahagia tanpa aku, tanpa orang sekerdil aku. Ye, aku, aku naif disisi orang disekelilingku, aku seperti tidak layak untuk menerima kehadiran orang yang aku sayang didalam hidup, mungkin kerana perancangan Allah itu baik atau mungkin aku belum bersedia menerima sesiapa didalam hidup. Cukuplah Allah buatku.

Tetapi izinkan aku mengetuk hatinya sebelum aku pergi Ya Rabb...


// 12 November 2013
12.11.13
Hari hari yang berlaku itu berllu dengan pantas, tanpaku sedari akhirnya aku mengkahiri semester 1 yang penuh dukacita dan sukacitanya. Akhirnya aku pulang kerumah dengan 1001 perasaan, pertamanya dah tentu aku gembira jumpa parents and all family, kedua, aku gembira akhirnya penantianku untuk berjumpa dengannya berhasil, ye dia, dia yang muka seakan Iedil Putra lantas aku memanggilnya Iedil Putra sebelum kumengetahuinya. Semulanya, aku beranggapan dia seorang yang poyo, sombong, nyata aku tertangkap pada jeratnya. Ye dia, dia pandai buat aku tersenyum sendiri, dia pandai buat aku terseksa rasa didada, dia pandai buat aku hilang rasa gundah. Terkadang juga aku sedih. Apa maksud dia?

Dia comel dalam mengenakan aku, ayatnya pasti membuatkan aku rasa nak pukul dia. Tapi hanya kerana satu perkataan yang sehingga sekarang aku merasa perih kewujudan itu. Dia datang didalam keadaan aku belum bersedia untuk menerima kehadiran seseorang, dia datang nyata didalam keadaan yang sukar aku ungkapkan. Tetapi hatiku tetap tulus untuk berkenalan dengannya. Hanya dengan usikan seorang abang kepada adiknya, lantas hati aku terus berdegup kencang dan terus ingin bersama dengannya tanpa memikirkan rasa yang akan datang. Sebagai manusia, pasti ada ujian disetiap apa yang telah disediakan. Aku berhadapan dengan mereka, termasuk ibuku sendiri. Aku hanya tersipu malu lantas aku hanya mampu tersenyum tatkala memandang kearahnya. Apa dayaku dan apa soal hati aku apabila diusik dengan sebegitu dahsyatnya. Sedangkan ibu yang tak pernah bergurau seperti itu terus bersuara menandakan dia seolah bersetuju walaupun kedengaran sebagai gurauan. Aku sendiri tidak pernah terfikir akan usikan tersebut, dia juga seolah memahami apa yang aku alami sewaktu itu, dia terpandang aku lantas tersenyum malu menandakan soal ini dia juga telah bersetuju. Aku sendiri kalut memikirkan, adakah dia mempunyai perasaan sama sepertiku? Aku tidak mahu cinta ini hanya rasa simpatinya keatas diriku. Aku rela melepaskan kau pergi dari memaksa kau untuk membalas perasaan ini.

Awak tahu apa yang paling sweet dan comel ibu pernah cakap? "Kalau jodoh tak kemana" aku paling suka ayat ibu aku yang ini, entah kenapa, sebagai anak, aku hormat keputusan ibuku jika dia menginginkan si kumbang terbang kearahku. Kerana telah lama kupendam perasaan ini terhadapnya. Benarlah kata kata ibuku jika jodoh tidak kemana, tetapi aku paling khuatir disaat aku sibuk melayan perasaan ini, akhirnya aku tertipu lagi, sudahlah sebelum aku terseksa akibat perasaan dan rasa tertipu. Mereka cuma anggap aku macam adik dan tak lebih dari itu. Adakah adil buatku jika kali ini aku dipermainkan lagi? Sungguh aku letih. Aku juga mengerti, aku bukan gadis sempurna, aku bukan gadis idaman, aku bukan gadis secantik Mawar berduri itu tetapi itulah aku. Tiada siapa yang dapat mengawal hati aku melainkan Sang Pencipta. Dia penjaga dan pemegang hatinya, begitu juga dengan aku. Bila bila masa pasti dengan mudah Dia menarik rasa ini. Tetapi sungguh, berilah aku satu peluang.

Mata kau, apa tandanya? Apa yang sedang bermain difikiran kau bila nampak aku? Apa perasaan kau pada aku? Sumpah aku teringin sekali mengungkap rasa ini, tetapi tetap aku masih rahsiakan, aku malu, malu padamu, malu pada diri sendiri dan yg paling malu adalah pada Sang Penjaga Hati. Biarlah rasa ini tetap ada dalam hatiku tanpa aku mengulasnya dengan lebih lanjut.

Aku hanya ingin bersamamu, soal belajar tinggi atau rendah itu bukan soal utama, soal siapa kau dan aku itu penting, soal hati adalah yang paling terutama. Jujur, siapa engkau, apa pekerjaan kau, tetap masih kuterima. Manusia itu sama. Pandangan mata kau selalu buat aku terjejas, hilang fokusku. Entah kenapa kau terlalu istimewa bagiku. Entah kenapa hanya kau ku ingin menjadikan yang halal dan direstui oleh keluargaku, entah kenapa hanya engkau aku ingin rasa dilindungi. Engkau terlalu istimewa. Keranaku tahu, kau perlukan kasih sayang seorang wanita, ye aku mengerti rasa itu. Aku faham walau aku tidak berada dekat dengan kau. Takutku kerana khuatir kau bakal menemui insan yang paling indah dari diriku. Berikan aku masa sedikit lagi untuk aku berjihad, berikan aku masa sedikit lagi untuk aku perjuangkan jihad ini, berikan aku sedikit masa lagi untuk aku bersiap sedia menuju bekalan akhirat, berikan aku sedikit masa lagi untuk aku menjadi insan solehah dalam hidup kau, tetapi jika dalam tempoh ini kau tak boleh menunggu lagi, aku redha dan pasrah akan keputusan kau, tetapi adakah perasaan benar benar sama sepertiku yang selalu teringatkanmu, termimpikanmu? Syukur aku mempunyai perasaan ini, sekurangnya perasaan aku masih normal terhadap kaum adam. Jika kau benar perasaan sama, jumpalah waliku dan wakilku untuk memenuhi impianmu. Soalnya apakah perasaan itu sama? Aku tetap menanti dan terus menunggu jawapanmu, tidak pernah jemu ku menanti.

Izinkanku untuk mengetuk pintu hatimu jika ia belum berisi.
Izinkanku untuk menjadi permaisuri hatimu...


// 19 October 2013
19.10.13

Kau nak tahu?
 Aku selalu rasa sedih bila ingat semua apa yang pernah jadi.
Aku selalu rasa nak seseorang teman aku bercerita tapi aku taknak dia tahu.
Aku selalu rasa hiba, rasa nak nangis tapi, airmata aku taknak keluar.
Aku selalu rasa nak cerita pasal ni dekat Ibu aku sendiri tapi, aku takut tindak balas dan kewujudan kau.
Aku selalu rasa down bila nak dekat exam macamni, aku selalu rasa kecewa dan sedih yang tiada siapa boleh ungkapkan.
Aku selalu dapat perasaan ni bila nak dekat exam.
Aku selalu jatuh cinta dengan orang perfect, tapi, org perfect semua dah berpunya.
Aku selalu rasa diri aku disayangi balik orang yang aku sayang tu tapi malang sangat akhirnya aku kecewa bila dapat tahu orang yang aku sayang tu dah berpunya dan tak pernah sayang sikitpun macam mana perasaan aku pada dia dan anggap aku macam adik dan tak lebih.
Bila rasa kecewa, aku mesti nangis lepastu aku nangis sampai mata bengkak, sampai aku dah tak larat dan perlu move on. 
Aku selalu rasa org tu beri harapan, tapi akhirnya, diakhiri dengan harapan palsu dan aku tak sedar harapan tu bukan untuk aku.
Aku tak pernah rasa macam mana perasaan orang balas balik apa aku rasa pada dia.
Perasaan aku selalu diakhiri dengan kekecewaan.
Aku tahu aku still belajar, student, feeling kanak-kanak tapi I was 18 not 8, aku remaja juga, aku ada perasaan, aku ada rasa semua semua tu.
Bila aku down, aku akan senyap, aku akan panggil mak aku berulang kali sebab dialah satu satunya manusia yang kalau aku tak bagitahu apa aku rasa pun dia tahu.
Seorang ibu dan ayah yang ada anak tunggal mesti dia tak nak dan tk mahu langsung anak dia jauh dari dia, ye aku faham, dia juga seorang anak yatim dari kecil, aku pasti dia juga perlu kasih dan sayang seorang ibu.
Ye, aku muda lagi, aku student dan perlu belajar, even masih ada manusia lain yg tiada pilihan dan tiada peluang utk belajar tapi kau dpt, itu bukan bermakna aku abaikan pelajaran aku, dalam aku down macamnilah chance-nya aku perlu kutip dgn tawaduk dan duduk atas sejadah sambil memohon doa, yes inilah peluangnya.
Bila ada perasaan sayang, cinta macamni, everyone akan kata yg macam macam sedangkan benda ni fitrah, if we avoid pun still ada dalam diri.
Aku dah cuba avoid, dan aku dah cuba sangat tanak get my hopes up too high for him tapi, hmm.
Kau rasa tak agaknya apa aku rasa pada kau selama ni? 
Pandangan apa yang kau cuba berikan pd aku?
Senyuman apa yang kau cuba sembunyikan dari aku?
Pertanyaan apa yg cuba kau luahkan pada ibu aku? 
Dapat tak kau rasa yang aku dah rasa jatuh hati pada kau? 
Dapat tak kau rasa apa aku rasa selama ni?
Dapat tak kau tangkap mata aku pada pandangan kau?
Dapat tak kau ambil senyuman yang terukir dulu untuk kau? 
Kau tk tahu dan kau takkan dapat.
Jangan buat aku tertanya dan terus tertanya, sebab aku dah tk larat lagi, lama-lama simpan perasaan macamni sorg sorg boleh jadi gila tau. 
Jangan buat macam kau bagi harapan pada aku.
Kau nak tahu kenapa?
Sebab mak aku, mak aku tak pernah dan jarang sekali dia nak bergurau macam tu dgn abang kau, seriously, you are the very first one.
Walaupun aku jauh, tapi percayalah, niat aku kesana nak belajar sahaja, sahaja! Aku tk pernah pasang niat lain selain dari tu. 
And every weekend aku balik, aku mesti teringat kau, aku mesti tgk kelibat kau ada tak
Seriously, aku tak tipu. 
Cuma kau, kau macam khayalan aku, insan yang kadang ada kadang lenyap.
Bila aku tgk bintang, kadang kadang aku rindu kau. 
Walau kita jauh, aku tetap nak ada dekat dalam hati kau.
Sedangkan kau? 

Loves