// 15 November 2013
|
15.11.13 |
Apa yang kau mengerti tentang arah hidupku? Apa yang kau fikir bila berhadapan denganku? Apakah perasaan yang dapat kau dambakan saat aku dihadapanmu? Apa maksud bahagia andai cerminan diwajah tidak sama dengan hati? Adakalanya hidup tidak seindah cerminan yang tergambar diwajah, adakalanya hidup terasa gundah sampai masa kau jadikan hukuman. Adakalanya, setitik airmata diperlukan untuk digugurkan. Adakalanya coretan kau tidak seindah bayangan. Adakalanya sepi dihati tidak dapat kau jelaskan melalui kata-kata. Adakalanya kau ingin sendiri, kau ingin ratapi dengan airmata yang harus kau curahkan kebumi. Terkadang kesedihan itu sukar untuk diintonasikan didalam bentuk percakapan, adakala kau perlu masa untuk sendiri, adakala kau harus berfikir sehingga puas. Adakala orang sekeliling perlu kau campakkan ia jauh dari pandangan buat seketika. Adakala kesedihan kau tiada ubat sehingga perlunya airmata untuk gugur lagi. Adakala gurauan yang kau anggap serious itu sebenarnya adalah cerminan untuk mengaburi mata hati andai tidak dapat kau jaga batasnya. Jagalah hati wahai diri. Semuanya tidak seindah yang kau sangka. Ada apa kurnianya tangan yang Allah bagi untuk kita? Untuk kita mudah melakukan tugas dan kerja. Untuk apa Allah kurniakan dua kaki? Untuk kita berjalan, melakukan ibadah. Untuk apa Allah kurniakan kita dua pasang mata? Untuk melihat sambil berfikir tentang kebesaran dan keagungan yang terciptakan dengan indah dimuka bumi. Untuk apa Allah kurniakan telinga? Untuk mendengar perkara perkara yang baik. Untuk apa Allah kurniakan akal fikiran? Supaya manusia boleh berfikir salah dan silap tentang kebenaran. Dan akhirnya apa maksud kurniaan Allah tentang hati? Untuk mengingatiNya sentiasa, untuk mendorong kita mencintai ibu bapa Allah dan Rasul, akhirnya dengan siapa yang Allah ciptakan untuk kita. Soal hati, *secebis aku terdengar hatiku tertawa kecil* hati perempuan jangan dikacau, jangan diusik, jangan disentuh andai niatmu bukan untuk menjadikan si dia yg halal dalam hidupmu. Hati perempuan sensitif, pantang dibawa bergurau ada saja yang tersentuh. Pernah kau bergurau kasar dengan ibu? Begitulah hati perempuan, sekali kau bergurau tentangnya, hatinya mudah terdorong. Hati hati. Niat hanya untuk menyakat tetapi hati perempuan itu sudah terusik. Apa makna jika ia terus dilayani? Pandangan mata menjadi tanda tanya, soal hati jangan dipersoalkan. Nyata satu penipuan yang *terindah* didalam hatinya. Tangisan yang mengalir juga dirasakan tiada lagi gunanya andai penipuan ini disangka benar. Berjumpa dengannya dianggap takdir untuk melupakan yang terdahulu, berjumpa dengannya kadang dianggap anugerah. Berjumpa dengannya nyata membawa seribu makna. Akhirnya aku tewas dengan airmata, aku tewas dalam menahan perasaan, aku tewas dalam mengawal perasaan untuk tidak merasa terusik lagi. Ye, aku benci perasaan ini! Ternyata aku masih tertipu, ternyata tekaan aku tidak salah. Dan nyata dia hanya menganggap aku seperti seorang adik. Ye, ternyata aku sangat membenci perasaan ini. Salah faham adalah sifat nombor satu aku yang tertanama dalam diri bila berhadapan dengan orang yang ter-disayangi. Ye, aku paling benci perasaan ini. Semua orang yang pernah wujud ini hanya mampu mengangkat aku seperti seorang adik. Adakah adil bagiku untuk meneruskan perasaan ini? Wujudnya memberi seribu makna, hilangnya nyata memberi sejuta harapan. Andai dapat aku pupuskan perasaan ini seperti sekeping kertas yang hancur dimamah air hujan yang menitik, pasti aku lakukan. Ye aku lesap dalam persalahfahaman. Ye, aku benci perasaan aku sendiri, apa yang mudah sangat untuk jatuh hati, aku sendiri tidak mengerti. Ye aku benci saat dan waktu dihadapannya. Aku kasihan melihatnya, tetapi aku terlalu bodoh untuk menilai seseorang sepertinya yang hadir bagaikan putera khayalan, yang hadirnya hanya seketika. Tekaan aku tidak salah, tetap aku salah faham. Perasaan ini adalah kali ke3. Seterusnya, abang mana pula yang ingin membuatkan aku jatuh hati dan sekaligus dia naya menganggap aku seorang adik? Mana lagi? Cepatlah hadir kepadaku. Biar perih ini sekali, jadikan aku sebab mengapa kau lari dari hidupku! Sekali lagi, airmata dan dada aku sudah tidak dapat menahan lagi, aku berasa hampa, aku berasa kecewa, adakah aku yang salah? Adakah aku yang tidak adil di dalam perkenalan? Jika kita harus begini sehingga benar benar aku bersedia untuk saat lafaz itu, akulah orang paling menanti saat saat tersebut. Jika ayah dan ibu merestui dan jika Yang Maha Esa tetap masih menjodohkan kita, akulah orang paling bahagia waktu itu. Jika perasaan ini terpaksa aku hapuskan untuk selama lamanya, dan lupakan tentang kita, akulah orang paling sedih untuk tangisi kerana pengakhirannya aku yakin amat menyakitkan. Jika aku harus membawa kenangan ini kepada suatu destinasi yang dapat menghapuskan segalanya, pasti aku pergi kerana hadirnya dirimu nyata membawa seribu satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Jika airmata ini dapat kau hapuskan, akulah orang yang akan membawa dirimu kepada bahagia. Jika suatu saat aku harus pergi jauh dari hidupmu dan tidak dapat pulang lagi, nyata itu adalah satu anugerah untuk kita. Jagalah hati orang seterusnya, kerana aku yakin kau boleh bahagia tanpa aku, tanpa orang sekerdil aku. Ye, aku, aku naif disisi orang disekelilingku, aku seperti tidak layak untuk menerima kehadiran orang yang aku sayang didalam hidup, mungkin kerana perancangan Allah itu baik atau mungkin aku belum bersedia menerima sesiapa didalam hidup. Cukuplah Allah buatku. Tetapi izinkan aku mengetuk hatinya sebelum aku pergi Ya Rabb... |


Older entries