ABOUT LINKS TAG
about


They called me Bell, they cute as they called me like that. I'm just a little dreamer living in a way of fantasy. The best memory in life is having someone who threat me well. A petite who doesn't even deserve to someone they called special. She's an enemy of love but easily to fall in love. She's a writer of her fantasy's little diary in her pocket of mind


When things go wrong... Pray // 09 October 2011
9.10.11

Assalamualaikum everiiibaaadehhh! Okay esok dah start pergi sekolah then after tomorrow cuti then Rabu dah start Final Exam. Huissshhh. I should off my PC and get my book to do some revision right? Hmm Finally I give up. Okay I don't know what happen to my life since lately, every second I do a kind of things it must be hurt and not comfort. What's going on Bell? Yes I'm not comfort now. Feel not very well and I hope it will get well soon and Pray is the best thing that I should do now and every second I breathe. Okay. Rasanya badan aku dah makin tak sedap lah. Sakit sakit je. Ya Allah aku menderita sakit apa ya? Sakit rindu atau sakit dalaman? Hmm sedihnya aku dengan hidup aku sekarang. Aku penat Ya Allah, aku tak tahu berapa lama lagi boleh aku bertahan. Ya Allah, jika aku hidup hanya untuk menyakitkan dan menyeksa orang lain, ambillah nyawa aku, ambillah nyawa aku juga di dalam keadaan aku beriman. Tolonglah Ya Allah. Mungkin ini satu-satunya jalan terbaik untuk aku Ya Allah. Satu lagi perkara yang perlu aku ungkapkan dalam hidup aku, aku rindu dia Ya Allah. Rindu sangat-sangat entah kenapa sejak akhir-akhir ini, perasaan tu semakin membara-bara dalam hidup aku. Perasaan itu lebih menggetarkan jiwa aku Ya Allah. Astaghfirullahalazim itu kan dah dikira zina Bell, takkan kau tak ingat? Hmm ye aku selalu baca pasal artikel tu. Ampun Ya Allah. Hanya kepada Engkau saja aku luahkan. Setiap kali aku teringatkan dia hati aku sentiasa bergetar seolah-olah ada saja yang menggetarkannya, apakah itu suatu petanda bahawa aku perlu jauhkan diri darinya? Sekarang hati aku dah macam Tsunami melanda, mana nak fikir pasal tu, mana nak fikir pasal ni. Hmm Orang lain nampak je aku senyum tapi pada hakikatnya? Boleh aku tipu Allah? Tipu diri sendiri? Even mak ayah nampak kau gelak pun diaorang boleh tahu apa kena dalam hati anak dia Bell, Hehh parents mana yang tak ada sense macam tu Bell? Kau duduk selat Melaka pun parents kau boleh rasa macam mana ombak yang ada dalam hati kau tu. Seperti ada telescope hati yang sedang memerhati dalam hati ini. Ya Allah. Suatu hari nanti aku nak dia baca blog aku yang ni dan blog rahsia aku lagi satu. Aku jugak nak Bonda Ayah baca blog aku bila aku dah tiada lagi dalam dunia ni. Aku nak orang-orang yang aku sayang, hati mereka sentiasa ada aku biarpun aku tiada lagi dalam dunia ini.


Ya Allah,
KAU yang Maha tahu segalanya.Bila kehadiranku, menganggu hatinya, tidak membawa kebaikkan padanya,maka kau pisahkanlah kami biarpun ada di antara kami terluka. Bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya, maka kau jauhkanlah aku darinya. Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa. Bila aku bukan yang terbaik, bila aku bukan yang tercatat dalam takdir, dan bila dia berhak kepada yang lebih baik, maka jarakkan kami, pisahkan kami. Jangan menangisi perpisahan, kelak DIA akan gantikan, dengan seseorang yang telah tercatat, dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.