ABOUT LINKS TAG
about


They called me Bell, they cute as they called me like that. I'm just a little dreamer living in a way of fantasy. The best memory in life is having someone who threat me well. A petite who doesn't even deserve to someone they called special. She's an enemy of love but easily to fall in love. She's a writer of her fantasy's little diary in her pocket of mind


Here's to the past. // 17 July 2011
17.7.11
Selamat malam Bloggers, lama sudah tidak meng-update blog, puihh berhabuk bersawang. Okay pergi main jauh-jauh. Hari ini hari ahad, esok Isnin, wahh wahh wahh cepatnya masa berlalu, masa boleh tunggu saya yang masih mencari arah tujuan hidup? Huisshh kalau boleh dah lama dah buat. Hmm dari petang tadi tak senang duduk, entah kenapa, entah apa yang terfikir dalam fikiran, nak kata ada anak, suami, tak ada anak tekak adalah, hmm sebenarnya terfikir tentang kehidupan saya suatu ketika dahulu, betapa sedihnya hidup dahulu, betapa payahnya Ayah dan Bonda mengajar aku dahulu, tapi sekarang apa balasan yang bakal saya bagi? Macam mana kehidupan saya seterusnya? Pernah terfikir dalam hidup, macam mana aku boleh terlepas ke alam dunia? Ya Allah, sudahkah aku kembali benar ke jalan Mu Ya Allah? Sudahkah aku bersedia untuk kembali kepada Mu Ya Allah? Ya Allah jika saat ini hembusan nafasku menjadi yang terakhir, Kau Lindungilah aku Ya Allah, sungguh aku takut akan azab Mu Ya Allah, Ampunkanlah aku. Dulu hidup aku tak sesenang sekarang, bukan nak kata hidup aku mewah, tapi inilah hakikat yang perlu setiap insan menerima tentang kejadian sebenar mereka, ada kalanya mereka perlu menipu orang orang sekeliling bagi menutupi kesusahan hidup yang ditanggung, Ya Allah, masih wujud manusia begini? Berdosa kah kalau memberi tahu realiti hidupnya yang sebenar? Hmm, saya tak nak berulas tentang ini. Dulu Ayah pernah mengalami kemalangan motorsikal di hadapan rumah, Alhamdulillah Ayah dilindungi olehNya, hingga sekarang Alhamdulillah syukur, Ayah dah boleh ambil saya menaiki kereta. Hidup? Memang perlu direntasi oleh semua umat manusia, banyak dugaanNya.

Life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories, learning from the past, and realizing people change.