
Selamat petang
Blogger ,
Okay meh sini sikit, ada kisah III nak sambung.
Ohh ye dulu selalu kecewa, sedih kalau batang hidung tak nampak tapi Alhamdulillah sekarang perasaan itu telah jauh sedikit demi sedikit meninggalkannya. Entah kenapa tiba-tiba saja perasaan itu kian berlabuh pergi, entah dari mana ingin dicari dimana jawapannya tapi kini aku bersyukur sangat doa dikabulkan juga. Bukan apa cuma penat meniti jalan yang entah sampai bila akan bertemu penamatnya, tapi yang ditakutkan ialah selepas ini, adakah selepas ini perasaan itu akan muncul bersua kembali? Aku takut! Takut sangat! Dulu aku mencuba untuk jauh darinya, aku cuba untuk menjauhkan pandangan mata ini darinya tetapi sukar sungguh, pedih sungguh hati ini memejamkan mata dan jauhkan pandangan darinya. Aku masih ragu-ragy, aku masih dalam dilema, aku masih dihantui bayangan dan perasaan ini, susah sangat ke nak melupakan semuanya? Apa yg susah? Apa benda yang boleh menjauhkan segalanya? Huhhh pedih, pedih sangat. Aku takut aku akan menelan duri lagi lepas ni, takut, sangat-sangat takut. Harapnya selepas ini, aku berjaya melupakannya, maksudku melupakan segala-galanya.
Cinta? Apa gunanya kalau hati sering disakiti.
Lots of Love ,